♥♥ God opens millions of flowers without forcing the buds. It reminds us not to force anything for things happen in the right time!♥♥

Monday, May 7, 2012

Menyambut hari Ibu...HARAM??

Orang mula tanya saya fasal keharaman Mother's Day.
Pada saya, benda kalau asasnya dari perkara yang haram, maka haramlah dia.
So, kita kajilah semula sejarah Mother's Day. Asasnya apa?


Kalau ikut WIKIPEDIA(sorry, ini aje yang mudah saya nak korek-korek):
"In the Roman Catholic Church, the holiday is strongly associated with reverencing the Virgin Mary. In many Catholic homes, families have a special shrine devoted to the Blessed Virgin Mary. In many Eastern Catholic and Eastern Orthodox Churches, a special prayer service is held in honor of the Theotokos Virgin Mary.

In Hindu tradition it is called Mata Tirtha Aunshi or Mother Pilgrimage fortnight, and it is celebrated in countries with Hindu population, especially in Nepal. It is celebrated on the new moon day in the month of Baisakh, i.e., April/May. This holiday is based in Hindu religion and it pre-dates the creation of the Western-inspired holiday by at least a few centuries."

Okay. Tetapi kalau check semula, Mother's Day ini tak thabit pula tarikhnya. Ada yang sambut bulan Jun. Ada yang sambut bulan Ogos. Ada yang sambut Oktober, November dan bulan-bulan lain. Jadi hendak menyatakan semua sambutan Mother's Day adalah dari agama lain pun, tak kena juga. Sebab ada banyak tarikh. Mungkin ada lebih dari dua agama yang buat Mother's Day. Lebih menarik, lain tahun lain tarikh. Jadi, perayaan besar dan keagamaan boleh pindah-pindah tarikh? Saya tidak pasti.

Jadi saya dapat nampak yang Mother's Day ini tidak semestinya sebab sambut Virgin Mary, atau sebagainya. Mungkin Virgin Mary itu sendiri dipilih, kerana keibuannya, bukan kerana kesuciannya. Maka sejarah Mother's Day hakikatnya banyak.

Namun apa-apa hal pun, setakat yang saya tahu, tak pernah ada "Mother's Day" di dalam Islam, sebagaimana tidak pernah ada "Valentine's Day", "Happy New Year", "April Fool" dan sebagainya.

Dan pada saya, tak salah Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa, pergi buat satu Mother's Day(or mother's week) dia yang tersendiri. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana agama. Tetapi condong kepada meningkatkan ruh Islami yang mengajak anak-anak menghargai bonda mereka. Jadikan satu hari atau satu minggu, sebagai hari kita nak fokus, tubi, ingatkan, kepada masyarakat Malaysia akan pentingnya menghormati Ibu. Pada saya tidak salah. Selagi mana sambutannya juga syara'.


Itu sekadar cadangan saya.
Tapi bab nak kata haram tu,
kalau kita sambut Mother's Day yang memang nak agung-agungkan Virgin Mary atau kerana ikut agama Hindu, salahlah.


Tetapi kalau ada Mother's Day yang bukan asasnya agama, hanya diasaskan kerana hendak menjadi titik muhasabah agar anak-anak ingat dan hormati Ibu Bapa mereka, pada saya tak ada masalah.
Saya nak tunggu 16hb Mei pula.
Nak tunggu orang cakap Teacher's Day haram pula.
Haha.
^^


-------------------------------------------------------
Hari-hari itu adalah Hari Ibu.
Rilek-rilek aja sudah. ^^

Saya punya Hari Ibu Bapa setiap minggu mesti ada satu hari khusus(walaupun hari-harinya sering bertukar) untuk Mama n Abah. Walaupun mama saya telah menyambut seruan ilahi pada 4 jun 2009.. Bagi saya yang penting adalah niat dan doa...Saya ada terbaca doa untuk para ibu di satu laman web ini...sangat berguna untuk dijadikan panduan dalam kehidupan harian.Saya juga sentiasa muhasabah diri agar mengingati insan yang banyak berjasa dalam hidup saya, tanpa mereka siapalah kita...

Ini doanya untuk panduan semua..., jadikan sebagai doa harian anda setiap kali solat..insyaalaah akan dimakbulkan..Allah itu maha mendengar, maha pengasih dan penyayang..

 

Tetapi pada saya, satu period masa untuk kita duduk sebentar, muhasabah, fokus, ingat memperingati akan jasa Ibu Bapa kita, tidak ada masalah di dalam Islam. Asal jangan jadikan itu kewajipan dan sebagainya, yang tak sambut berdosa la dan sebagainya, jangan sembah itu dan ini, mendewa-dewakan itu dan ini, sudahlah. Yang baik jadikan teladan yang buruk buang jauh2...jadikan sempadan agar diri menjadi lebih baik + beriman padaNYA...WA'ALLAHUALAM.. (^_^)

No comments: