♥♥ God opens millions of flowers without forcing the buds. It reminds us not to force anything for things happen in the right time!♥♥

Sunday, May 13, 2012

Menangislah sayang, jangan ditahan air mata kerana ketahuilah dengan setiap linangan air matamu sebenarnya terdapat banyak hikmah dan kebaikan yang tersembunyi...

Menangislah sayang...

Sesungguhnya setiap perbuatan yang dituntut oleh Allah, ada sahaja rahsia di sebaliknya. Begitu jugalah dengan perbuatan menangis ini. Dengan menangis, di samping memperoleh kebaikan maknawi, ia juga mendatangkan faedah kepada kesihatan jasmani manusia itu sendiri. Hal ini terbukti melalui banyaknya kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan menangis boleh merawat penyakit berbahaya, penyakit mata, hatta penyakit jiwa.

Contohnya, kajian yang dibuat oleh Dr Frey daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Pholl Rams Medical Centre menjelaskan bahawa air mata sangat berkesan untuk membersihkan mata. Ia juga berperanan dalam mengubati tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti gastric ulcer (luka pada perut), hypertension (tekanan darah tinggi) dan ulcerative colitis (radang usus besar).
Pakar-pakar psiakiatri turut berpendapat bahawa perbuatan menangis sangat berguna dalam merawat tekanan saraf yang kerap dialami oleh manusia zaman moden. Air mata boleh menyucikan mata dan membuang kandungan racun yang terkumpul akibat adanya ketegangan jiwa, ketegangan urat saraf dan ketegangan emosi.

Selain itu, Dr Muhammad Abdullatif Bultiyah, seorang pakar mata yang terkenal juga menemukan bahawa air mata yang tumpah mempunyai nilai kesihatan yang tinggi, antaranya membantu kelenturan gerakan kelopak-kelopak mata, memelihara daripada penyakit kekeringan mata, membersihkan mata daripada segala habuk dan debu tanah serta melindungi mata secara terus-menerus.
Justeru, dengan kelebihan-kelebihan tersebut, usahlah merasa takbur lagi untuk menangis di hadapan Allah, terutamanya pada waktu malam yang sunyi. Semoga tangisan itu akan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia. Dan teruslah menangis wahai diri, moga-moga tangisan itu dapat mengingatkan kita pada hari-hari mati yang pasti datang tanpa mengenal usia.

# Janganlah menahan setiap tangisan itu kerana dengan mengalirnya air mata, bersyukurlah padaNYA kerana hati kita sebenarnya masih boleh merasai kesedihan, kesakitan dan kesangsaraan...Ini bermakna hati kita masih lagi berfungsi dengan sebaik-baiknya..Masih lagi boleh menerima nasihat, masih lagi boleh dipupuk ke arah kebaikan agar kita menjadi insan yang lebih baik, malah lebih kuat dan lebih beriman padaNYA..Menangislah sekuat hatimu kerana selepas kita keluarkan air mata, sejurus kita habis menangis hati dan jiwa kita akan rasai lebih tenang, redha dan dapat berfikir dengan lebih teratur..berhati2 di masa akan datang agar jiwa dan hati tidak lagi dilanda kesedihan dan kesakitan yang sama..

# Dan ingatlah menangis kerana ALLAH SWT di saat menyesali segala perbuatan dan dosa yang dilakukan, adalah lebih baik dari menangis kerana insan atau perkara di dunia...Tunjukkan lah pada ati dan jiwa agar lebih mengingati diriNYA berbanding perkara dan masalah di dunia..ALLAH SWT, maha pengasih dan penyayang..Jika kita sebagai hambanya sentiasa menginsafi diri nescaya akan terbitnya sinar kebahagian dan keredhaan...Percaya dan yakinlah akan kekuasaan ALLAH SWT...Subhanallah..

# Sebenarnya disaat kita sedih adalah masa yang paling lemah untuk jiwa dan hati kita...Di saat ini jika hati kita tidak kuat dan mudah melupai padaNYA maka hati kita dengan mudahnya akan dihasuti perkara2 yang tidak baik dan terpesong jauh ke arah dosa...Maka jagalah hatimu disaat kamu berada didalam kesedihan..(turut ingatan pada diri sendiri)...

"Menangis tidak melambangkan kelemahan tapi menerbitkan kekuatan"...WA'ALLAHUALAM.

No comments: