♥♥ God opens millions of flowers without forcing the buds. It reminds us not to force anything for things happen in the right time!♥♥

Monday, May 7, 2012

FItnah n fitnah..DUNIA2..

 Para ulama Salaf as-Soleh keseluruhannya mengharamkan umat Islam dari menghina, mencela dan memburuk-burukkan para pemimpin, pemerintah atau penguasa Islam:

"Dari jalur Yahya bin Yaman, Sufyan telah menceritakan kepada kami dari Qais bin Wahab dari Anas bin Malik radiallahu 'anhu dia berkata:

Para pembesar dari kalangan sahabat Rasulullah telah melarang kami mencela/menghina penguasa (pemerintah)". (H/R Ibnu Abdil Barr 21/287. At-Tamhid.)

Assalamualaikum...,

Buka sahaja facebook arini, saya terbaca satu artikel yang bagi saya agak kejam statement yang digunakan..masyaALLAH bagi saya dunia ini semakin meuju ke akhirnya..sesama islam masing2 bergaduh disebabkan politik...bagi saya diam tak semestinya bersalah, dan orang yang menegakkan benang yang basah tak semstinya betul dan tulus..hanya allah yang mengetahui isi hati mereka...



Cerita yang saya bangkitkan kali ini bukan bermakna saya menyokong mana2 politik..tapi kerana kita sesama islam, duduk di negara yang sama dan menegak kan fahaman yang sama..cuma cara yang berbeza..jangan kerana politik, kuasa, wang dan perasaan benci kite sesama umat sampai sanggup kita mengeluarkan kenyataan sebegini untuk menjatuhkan mereka..bagi saya itu tindakan yang tidak sebenar2nya n hanya mengikut hawa nafsu yang inginkan kemenangan ataupun untuk membuat ati mereka berasa tenang utk mmbalas apa yang berlaku sebelum ini..tapi ketahuilah jika mereka sanggup melakukan sebegini, menghina orang islam yang lain, hidup mereka takkan selamanya tenang..bertandinglah dengan adil + saksama kerana pemimpin yang baik adalah lahir dari hati yang ikhlas n tulus dalam menjalankan tanggungjawab atas niat utuk menegakkan ajaran islam..

Tepuk dada tanyalah iman.. Wa'allahualam...

No comments: