Menangislah sayang...
Sesungguhnya setiap perbuatan yang dituntut oleh Allah, ada sahaja
rahsia di sebaliknya. Begitu jugalah dengan perbuatan menangis ini. Dengan
menangis, di samping memperoleh kebaikan maknawi, ia juga mendatangkan faedah
kepada kesihatan jasmani manusia itu sendiri. Hal ini terbukti melalui
banyaknya kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan menangis boleh merawat
penyakit berbahaya, penyakit mata, hatta penyakit jiwa.
Contohnya, kajian yang dibuat oleh Dr Frey daripada Pusat Kajian Mata
dan Air Mata di Sant Pholl Rams Medical Centre menjelaskan bahawa air mata
sangat berkesan untuk membersihkan mata. Ia juga berperanan dalam mengubati
tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti gastric
ulcer (luka pada perut), hypertension (tekanan darah tinggi) dan ulcerative
colitis (radang usus besar).
Pakar-pakar psiakiatri turut berpendapat bahawa perbuatan menangis
sangat berguna dalam merawat tekanan saraf yang kerap dialami oleh manusia
zaman moden. Air mata boleh menyucikan mata dan membuang kandungan racun yang
terkumpul akibat adanya ketegangan jiwa, ketegangan urat saraf dan ketegangan
emosi.
Selain itu, Dr Muhammad Abdullatif Bultiyah, seorang pakar mata yang
terkenal juga menemukan bahawa air mata yang tumpah mempunyai nilai kesihatan
yang tinggi, antaranya membantu kelenturan gerakan kelopak-kelopak mata,
memelihara daripada penyakit kekeringan mata, membersihkan mata daripada segala
habuk dan debu tanah serta melindungi mata secara terus-menerus.
Justeru, dengan kelebihan-kelebihan tersebut, usahlah merasa takbur lagi
untuk menangis di hadapan Allah, terutamanya pada waktu malam yang sunyi.
Semoga tangisan itu akan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia. Dan
teruslah menangis wahai diri, moga-moga tangisan itu dapat mengingatkan kita
pada hari-hari mati yang pasti datang tanpa mengenal usia.
# Janganlah menahan setiap tangisan itu kerana dengan mengalirnya air mata, bersyukurlah padaNYA kerana hati kita sebenarnya masih boleh merasai kesedihan, kesakitan dan kesangsaraan...Ini bermakna hati kita masih lagi berfungsi dengan sebaik-baiknya..Masih lagi boleh menerima nasihat, masih lagi boleh dipupuk ke arah kebaikan agar kita menjadi insan yang lebih baik, malah lebih kuat dan lebih beriman padaNYA..Menangislah sekuat hatimu kerana selepas kita keluarkan air mata, sejurus kita habis menangis hati dan jiwa kita akan rasai lebih tenang, redha dan dapat berfikir dengan lebih teratur..berhati2 di masa akan datang agar jiwa dan hati tidak lagi dilanda kesedihan dan kesakitan yang sama..
# Dan ingatlah menangis kerana ALLAH SWT di saat
menyesali segala perbuatan dan dosa yang dilakukan, adalah lebih baik dari
menangis kerana insan atau perkara di dunia...Tunjukkan lah pada ati dan jiwa
agar lebih mengingati diriNYA berbanding perkara dan masalah di dunia..ALLAH
SWT, maha pengasih dan penyayang..Jika kita sebagai hambanya sentiasa
menginsafi diri nescaya akan terbitnya sinar kebahagian dan keredhaan...Percaya
dan yakinlah akan kekuasaan ALLAH SWT...Subhanallah..
# Sebenarnya disaat kita sedih adalah masa yang
paling lemah untuk jiwa dan hati kita...Di saat ini jika hati kita tidak kuat
dan mudah melupai padaNYA maka hati kita dengan mudahnya akan dihasuti perkara2
yang tidak baik dan terpesong jauh ke arah dosa...Maka jagalah hatimu disaat
kamu berada didalam kesedihan..(turut ingatan pada diri sendiri)...
"Menangis tidak
melambangkan kelemahan tapi menerbitkan kekuatan"...WA'ALLAHUALAM.