♥♥ God opens millions of flowers without forcing the buds. It reminds us not to force anything for things happen in the right time!♥♥

Tuesday, June 26, 2012

Kerja baru....

Assalamualaikum...,

Lama rasanya tak menulis di bolg ni..Biasanya kalau update pun tentang kata2 semangat dan muhasabah diri..Hari ni rasanya teringin menulis sesuatu memandangkan lagi 2 hari je lagi akan meninggalkan tempat kerja lama ni..

Alhamdullilah dapat kerja baru, gaji + benefit lbh baik dan blh dikatakan lbh macam kerajaan je company yang akan saya kerja ni..cuti tahunan + sakit smua diberikan mengikut law pekerja di malaysia. 

Sebenarnya tak sangka jugak sebb dapat kerja mcm ni sbb saya just mintak mengikut alamat emel mereka sedangkan dorang tak ada vacancy pun time tu...Tbe2 mrk respond n suruh datang intervw..Rezeki kata org n alhamdulillah....

Masa intrvw tu saya tak letak harapan sgt, tp cube yg terbaik utk diri n family...Yang sy terkejut tu, org intrvw sy tu ade tnya saya kerja apa yang saya nak dekat company dorang ni...Terkejut saya dengar, n terfikir kalau CEO boleh tak? Tergelak jugak dlm hati tapi tak terkeluar pun...hehe...

Saya fikir ingin mncabar diri dengan buat sesuatu yg lain dari yg lain..Yela, ramai kata saya ni lmbut orgnya tak blh buat kerja2 berat..Jd nak buktikan diri sndiri + minat sebenarnya nak kerja luar lbh2 lg bertemu dgn org ramai ni...Sbb dapat meluaskan pemandangan + pengalaman..So akhirnya decide nak ambik kerja kat bahagian luar n malas nak kerja kat bahagian ofis..Sbb bg sy agak bosan kot duduk ofis mngdap comp je sepanjang hari....

Kerja baru = environment baru... Memang agak penat sebb kene travel + outstation..Tapi mmg kesibukan yg saya mahukan, dapat hilang kan stress + lupakan masalah sketika....(^_^)

Chaiyok2!! Dimana ade kemahuan di c tu ada highway>>>hehe


PLKN...PLKN....jurulatih PLKN?

Salam 1 Malaysia...

Entry kali ni rasanya nak berkongsi tentang pengalaman jadi jurulatih integrasi di PLKN....Jurulatih integrasi? Ape tu? hehe...Jurulatih integrasi tu macam cikgu yang mengajar tentang adat, sahsiah, agama, pantang larang, kesamaaan gender (ade tajuk2 lain lagi) yang terdapat di Malaysia..Ini bertujuan utk memupuk sahsiah n kefahaman diri pelatih PLKN supaya mrk lbh memahami tntg budaya n adat suku kaum masing2 n jg org lain di sekelilig mrk...

Mula2 mengajar tu, mmg agak cuak jgk....Yela first time mengajar kan n masa tu pun saya belum lagi konvo tapi dapat peluang utk mngajar...Dapat sesi ke3 2011 time tu..Sebelum kami, para jurulatih diberi pendedahan bagaimana cara yg sesuai untk mengajar..N dgr2 time tu, para cikgu yg berpengalaman cakap kalau dapat sesi ke 3 budak2 nakal, n malas nak belajar.mrk lgi suka bermain..buatla sy lg cuak nak mgajar je time tu...

Tp alhamdullilah, bila mengajar je oke dan seronok sgt..Mngkin ada bakat jg cikgu kot.yeke?hehe..1st time dapat dekat pelangi hill dekat dengan slim river..tempat lahir saya..Lalu je c tu teringat kampung halaman.Mmg seronok + nyaman sgt2 kat c 2...yg paling best makann dkat c 2 murah2..hehe..Mmg kalu diikutkan dapat tmpat agak jauh dari tmpat tnggal sy (balakong), tapi bila dapat pluang je..terus je ambik walaupon jauh...sbb kadg2 peluang akan dtg sekali seumur hdup kan?hehe

Pelatih2 sesi ke 3 sebenarnya takda la nakal sgt cuma mrk mmg agak mengantok dlm kelas tapi komitmen masa pesembahan sgt menarik + best...First time dapat mengajar pelatih2 saya sgt suka n tertarik dgn slot permainan tradisional..Sgt best + happening..sy rs time tu mrk sgt2 aktif + kretif....

kali ke2 dapat sesi 1 2012, bulan 1 or 2 time tu..Tempatnya di kem semenyih...Walupn time tu saya dah bekerja tapi saya masih ambik tawaran yg ditawarkan..bukan sbb duit semata2 tapi sbb sy sgt suka mengajar pelatih2..mrk sgt ceria+ gmbira je sentiasa..Yg pnting dekat sana mrk sgt menghormati para cikgu.Sesi 1, smua of course la budak2 pandai yang nak masuk universiti..Dalam kelas mrk mmg sgt bg komitmen n jarang tgk mrk mengantok dlm kelas..cume dr segi persembahan pelatih sesi ni kurang menyerlah..Mrk just tafsirkan apa yg dibaca...Mungkin org2 pandai mcm tu kot..hehe..tapi yg pling saya suka pelatih sesi ni adalah perhatian semasa sy mengajar..Sgt mmberikan perhatian dan byk soalan yg ditanya brbnding dgn sesi yg lpas...

Alhamdullilah, saya akan mengajar pelatih sesi ke 2 pada 2-5 julai 2012..kem yang saya pilih kali ni adalah di beranang.Jauh sket tapi dapat merasa tinggal di kem yg berbeza....Tak pnh dapat sesi ke 2 utk mengajar..Semoga semua akan berjalan dgn lancar...Amin (^_^)

p/s: tbe2 demam..dah nak hampir smnggu...harap cepat kebah seblm masuk kem :(


Bila kita harus ikhlas?

Banyak diantara kita menyangka bahawa yang dinamakan keikhlasan itu, hanyalah ada dalam perkara-perkara ibadah semata – semata seperti solat, puasa, zakat, membaca al – Quran , haji dan amal-amal ibadah lain. Namun ketahuilah bahawa keikhlasan juga harus ada dalam amalan – amalan yang lain.

Apabila kita senyum, kita harus ikhlas. Ketika kita mengunjungi saudara kita, kita harus ikhlas. Ketika kita meminjamkan sahabat kita barang yang dia perlukan, itu juga harus ikhlas. Adakah kita lakukan itu semua kecuali semata-mata kerana Allah? kita tersenyum kepada dia bukan kerana agar dia berbuat baik kepada kita. Kita juga tidak membantu orang lain kerana takut dikatakan sebagai orang yang kedekut. Tidak wahai saudaraku, jadikanlah semua amal tersebut kerana Allah.

Rasulullah bersabda: “Ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kota lain, maka Allah mengutus malaikat didalam perjalanannya, ketika malaikat itu bertemu dengannya, malaikat itu bertanya, “Hendak ke mana engkau?”
maka dia pun berkata “Aku ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kota ini.”Maka malaikat itu kembali bertanya “Apakah engkau memiliki suatu kepentingan yang menguntungkanmu dengannya ?”
orang itu pun menjawab: “Tidak, aku mengunjunginya sebab aku mencintainya kerana Allah, Malaikat itu pun berkata “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk mengkhabarkan kepadamu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana-Nya.” (HR. Muslim)

Tidaklah orang ini mengunjungi saudaranya kecuali hanya kerana Allah, maka sebagai balasannya, Allah juga mencintai orang tersebut. Tidakkah kita ingin dicintai oleh Allah wahai saudaraku?

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, “Tidaklah engkau menafkahi keluargamu yang dengan perbuatan tersebut engkau mengharapkan wajah Allah, maka perbuatanmu itu akan diberi pahala oleh Allah, bahkan sampai sesuap makanan yang engkau letakkan di mulut isterimu.” (HR Bukhari Muslim)

Renungkanlah sabda baginda ini, “hanya” dengan sesuap makanan yang seorang suami yang diletakkan di mulut isterinya, apabila dilakukan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan memberinya pahala. Sesungguhnya merupakan suatu keberuntungan yang amat sangat besar seandainya kita dapat menghadirkan keikhlasan dalam seluruh gerak-gerik kita.

Wahai saudara – saudariku yang dicintai oleh Allah, sesungguhnya yang diwajibkan dalam amal perbuatan kita bukanlah banyaknya amal, tetapi keikhlasan. Amal yang dinilai kecil di mata manusia, apabila kita melakukannya ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menerima dan melipat gandakan pahala dari amal perbuatan tersebut.

Abdullah bin Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar kerana niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

Rasulullah bersabda: “Seorang lelaki melihat dahan pohon di tengah jalan, dia berkata: Demi Allah aku akan singkirkan dahan pohon ini agar tidak mengganggu kaum muslimin, Maka dia pun masuk syurga kerananya.” (HR. Muslim).

Ada waktu, kita rasa kita sudah cukup ikhlas. Berhati-hatilah. Sebab mungkin kita mampu merasakan demikian kerana kita belum diuji. Ikhlas dalam beramal ini ibarat air susu yang keluar antara saluran najis dan darah. Ia tetap putih bersih tidak tercemar, bahkan rasa darah atau bau najis pun tidak keluar bersama dengannya.
Maka kita perhatikan diri kita. Pada saat-saat pergeseran antara keinginan untuk ikhlas, dan keperluan yang mendesak datang. Maka di situlah kita ukur kualiti diri kita yang sebenar. Di situlah titik ujian dan muhasabah.
Apakah kita mampu untuk ikhlas?
Apabila kita faham makna ikhlas, dan keperluannya dalam kehidupan kita sebagai hamba, maka kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin, dan berusaha mewujudkannya dengan kesungguhan yang tidak terkira.

Thursday, June 21, 2012

Tersentuh Hati....

jodoh itu rahsia Allah ..
persiapkan diri menjadi yg terbaik ,
kerana saya yakin Allah juga sedang merancang yangg terbaik buat kita ..
insyaAllah .. :)

Doaku...agar dia terbaik buat diriku, keluargaku dan agamamu Ya Allah...

Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku..Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku.. Kau akan tersenyum dan berkata ..

"Dialah orang yang selalu menyayangiku.. "

 

Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) ♥♥

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^


Sunday, June 17, 2012

.................


Ya Allah, gantikanlah kepedihan hari ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan ini permulaan kebahagiaan & sinarkan rasa ketakutan hari ini menjadi ketenteraman yang abadi selamanya. 
Ameen . . . .


Tuesday, June 12, 2012

Teringat pesan omak..


Dulu kecik-kecik selalu wat bintang comel-comel nieh ..
ibu cakap , wat bintang nieh …..

sematkan impian dan angan-angan dalam tu ..
so makin banyak kite buat , makin banyak la impian tu ...”

So, dgr mcm tu bekobar-kobar la nak wat bintang tu banyak-banyak .. hee~

# macam tu la jugak semangat kene la bekobar-kobar untuk menggapai bintang kan .. 
semua orang mempunyai angan-angan ingin menggapai bintang ..
tapi apakan daya , kite hanye mampu merancang tapi Allah yang menentukan ..

walaupun kite tak mampu menggapai bintang tersebut , jangan sesekali menoleh ke belakang , bahkan terus maju berusaha ke hadapan .. mana tahu ade kebahagiaan menanti di hadapan ..InsyaALLAH :')



Sunday, June 10, 2012

Jodoh itu rahsia ALLAH...♥♥♥♥

Bismillahhirrohmannirrohim...

.::BILA JODOH TAK KAN KEMANA::.

Jika dlm cintamu
hatimu lebih sering terluka
... daripada digembirakannya
Maka.....

Lepaskanlah dia
dari genggaman penuh
khawatirmu
Jika dia memang cinta sejatimu
Dia akan kembali sebagai belahan
jiwa
Yang memuliakanmu
Tapi jika dia tak pernah kembali
Karena memang dari awal
Dia tak pernah direncanakan
bagimu

Hapuslah sedihmu
indahkanlah dirimu
Dan harumkanlah ruang tamu
dihatimu
Bagi cinta yang baru
Jika kamu percaya dgn janji ALLAH
maka dia akan datang dgn pilihan
TERBAIK dari-Nya
Yang memang PANTAS bagimu......

Apa sulitnya bagi ALLAH
bila DIA sudah berkehendak
Dan berpeganglah sahabatku dlm
DOA indahmu
Dalam kepasrahan HATI&JIWA.........


Sunday, June 3, 2012

4 jun 2009

Assalamualaikum...., 

Hari ni genaplah 3 tahun ibuku meninggal dunia..., masih teringat2 lagi saat itu... tak sempat untuk dirinya melihat kejayaan ku.... 

Allah maha adil, pemurah, pengasih dan penyayang...Allah menarik ssuatu benda yang kita sayangi insyaallah ada hikmahnya yang disembunyi..

Ya allah, tempatkanlah mamaku ke tempat yg diredhai mu..tempat org2 yang beriman...Sesungguhnya dia adalah insan yang paling ku sayangi...Aminnn..

 AL - FATIHAN BUAT IBUKU SARIMAH BINTI AHMAD (05-09-1963) - (04-06-2009) 



Jangan mengalah..,kerana ALLAH lebih mengetahui segalanya, tersurat mahupn tersirat..Subhanaallah...


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " (Yasin:82)

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (Al-Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (Ar-Ra’d:28)

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita " (At-Taubah :40)

(^_^) ♥ thank u اَللّهُ !! U truly are mighty great!..