♥♥ God opens millions of flowers without forcing the buds. It reminds us not to force anything for things happen in the right time!♥♥

Friday, April 27, 2012

'SELAMAT TINGGAL'


Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

 CINTA BUKAN MILIK KITA



Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

".. kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:
- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi
Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecapi bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma....

Fahami konsep Tawaqqi.
Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.

Artz,
Selamat Tinggal.
30 Dzulka'edah 1432 H.

p/s: Satu artikel yang sangat meyentuh hati..membuat saya sedar seketika betapa lemahnya diri ini..betapa rapuhnya iman pada maha esa....masyaallah...dekatkanlah hatiku padaMU YA ALLAH semoga aku menjadi insan lebih bertaqwa dan beriman padMU..berikanlah jodohku di kalangan oraang yang beriman dan bertaqwa, dapat membimbingku dan membawaku ke arah syurgaMU...AMIN...


Thursday, April 26, 2012

Gud bye my lovely pet (NAMI AND CHIKA)

Nami (betina) - akhir: 17/04/2012 berusia 7 bulan

Nami yg tersayang menyambut seruan ilahi pada name : 17/04 semasa saya berada di hospital. Mendapat panggilan dari adik pd  jam 6 pagi, terkejut jugak sebab tak pernah sangka dia akan mati mcm tu..mengalami cirit birit, mgkin pada pendapat saya akibat dari pertukaran makanan dari jenama lain ke jenama yang lain. Adik saya yang bongsu, zeti tu mmg sedihla + menangis berie2..mak sedara sy meninggal bulan 2 tahun ni pn saya tak tgk dia menangis mcm tu..mgkin dia dah terlalu sayang pd arnab tu + die yg bongsu jadi msti dah anggap arnab tu mcm kawan dia..hish2..kadang2 saya pn tak faham, yela first time tgk dia sayang kan benda sampai mcm tu sekali..lepas balik sekolah je, main2 dgn arnab samp lupa nak mkn..tapi kebaikannya yg saya nmpak, die jadi lbh bertanggungjawab +  mndidik jiwa dia agar lebih penyayang...

2 hari selepas saya keluar hospital, ayah saya dimasukkan ke hospital kpj ampang akibat masalah kesihatan..2hari selepas tu, chika pulak mengalami cirit birit..malam tu tgk dia lemah sangt2, makan taknk..belai2 dia pun macam takde perasaan je…saya dah dapat merasakan mgkin esok dia tak dapat survive..kami cube mmberikan yg terbaik untuk dia brtahan, belikan yakult sbb saya terbaca kdalam tenet kalu arnab mengalami cirit birit, yakult and vitamin mmg sesuai diberikan time tu….sbb dalam yakult terdapat byk antibiotic yg mmbantu mencegah/menahan dari serangan penyakit. 

Chika (jantan) - akhir : 24/04/2012 berusia 7 bulan

Akhirnya, chika tetap meninggalkan family kami..now sangkar kami tu dah kosong, makanan mrk msh byk lg, yela baru beli 2 minggu lepas…saya ingat nak gantikan yg baru buat zeti tapi bila fikirkan kata2 adik saya yg aida tu betul jgk.. ‘tak sanggup nak tgk kalau dia mati lagi, nak angkat n tanam dia pun tak sanggup nak buat sbb terpaksa tgk keadaan dia mcm tu’…Inilah pengalaman dalam hidup.., setiap yg hidup pasti akan merasai kematian tapi kita tak tahu bila akan masanya..Jadilah insan yang beriman + solehah..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..wahuallahualam

Monday, April 9, 2012

BEIJING..Oooooo....Beijing...

our hotel....near shopping complex, tu yang best..hehe

Tahun lps kami sekeluarga pegi ke Beijing,china..alhamdullilah..setelah 3 tahun bersedih akhirnya abah ada kkuatan utk brgembira brsama kami skeluarga..ms tahun prtama kami beraya tnpa khadiran mama kami, ia sgt2 myedihkan..baju raya, kuih raya semuanya tdk dibeli..malah kami mlawat nenek dkmpng shj tnpa pg ke umah sedara mara ats kesedihan yg abah alami..now, syukur ke hadrat ilahi…limpahan rezeki yg diberikan akhirnya kami dpt merasa pegi ke Negara org…

Mula2 kami pegi tu pd lewat mlm,dihntar HaniB walupn time tu die nak ke tmpat yg jauh jgk....n samp2 kat sana, flight delay 1 jam..huh, lama sungguh nak mnunggunya walupn 1jam je..bygkan septtnya pukul 12 am tapi brtolak dlm 1lebih am.mata dah mendayu2 dah mnta ditidurkan..yg kcian nya tgk adik2 ksygan sy la mgantuk semuanya…tapi naik je flght sume segar bugar..mentang2 lah ada video/filem yg blh choose..sy tgk filem harry potter je..n Sherlock homes..prjalann mgambil ms dlm 6jam..letih jgk bdn2 dok lama2..dalam flght hidangan die sedap2, mcm g restoren je..hehe..tak sempat nak ambik gmbar mknn die..next time la yee..kat flght sape yg duduk tepi tingkap mmg conform tdo nyenyak..n sape dok tepi org lalu lalang tu, mmg tak blh tdo…spnjg 6jam tu sy tak blh tdo lgsung..sbb tak berapa nak selesa utk tdo..
our ticket...1 male n 4 female...
1st restaurant kami time lunch...sangat2 best + cantik..ala2 arab gitu..layanan 1st class..sgt best n mkanan die pn ala2 arab + cina...

Samp je di airport Beijing, kami sgt teruja….airport die kecik sket dr kita..n bg sy airport Malaysia yg terbaik la.hehe..kluar2 je berasap2 mulut bl bcakap, sejuk gler..dhla kami tak beli boot untk tahan kaki dr ksejukan..So, tour guide kami, sarankan kiteorg trus pegi shopping dlu beli apa yg patut utk cover kan kaki, tangan, kepala n sbagainya la ye..mmg murah..sgt murah bg sy..kasut boot kami beli duit Malaysia dlm RM70.Sy tgk harga semasa dkat c ni dlm rm 1++. Kire berbaloi2 la…Ni baru hari pertama ni..Next sy creta hari ke 2 n seterusnya..ada 5hari tu..saje nak kongsi pgalaman, mana tahu ada yg nak pegi lpas ni kan..so blh la dpat gambaran sket2 kan..hr ni samp c ni dlu..nak balik keje dah ni..haha..blh pulak update blog time keje..sorry bos, sy tlampau bosan + takda keje sbb tu on9 ni..hehe….Assalamualaikum....(^_^)