♥♥ God opens millions of flowers without forcing the buds. It reminds us not to force anything for things happen in the right time!♥♥

Friday, November 29, 2013

Puasa Sunat Asyura - Bulan Muharram

Salam...

Alhamdulillah...Tahun ni sempat untuk berpuasa hari Asyura...

Sebelum nie tak tahu ape kelebihan puasa ni...Terdetik hati untuk bertanya dan bertanya...

Almaklumlah ilmu di dada masih lagi suam2 suku....Tapi alhamdulillah ade seorg pakcik tmpat sy bekerja ni baik orgnya...Siap trgkan lagi makna n kelebihan bulan asyura ni.....

Disebalik tu search2 dekat intenet n terjumpa satu blog nie....Amat menarik bile bace terdetik hati untuk berkongsi..... 


Puasa asyura disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi kerana mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja.

Sebenarnya dalam islam disunatkan sekali puasa sehari sebelum atau sehari selepas 10 Muharam. Dengan kata yang lebih mudah kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram + 10 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram +  11 Muharram.

NIAT PUASA TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU APABILA;

A. Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a) ialah:
NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU’A SUNNATAN LILLAHI TA’ALA

B. Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura)

NAWAITU SAUMA ‘ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya/Niatnya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

C. Niat Puasa Sunat 11 Muharram

NAWAITU SAUMA FI SYAHRI MUHARRAM SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya/Niatnya: “Sahaja aku berpuasa sunat pada bulan Muharram kerana Allah Ta’ala”
Remarks: NIAT PADA HARI LAIN SELAIN ASYURA, TASU’A DALAM BULAN MUHARRAM – NIATKAN -SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA.


HADITH2 PENTING DALAM MENGERJAKAN PUASA ASYURA:

Hadith daripada Aisyah: “Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا

Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim – Kitab Puasa )


 SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


KELEBIHAN PUASA ASYURA’

Baginda bersabda:

“Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:

” Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ”

Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”.

Maka berkata Rasulullah S.A.W :

” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Remarks: Hari lain juga sangat digalakkan juga ya… J

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap       rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-       henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
LAFAZ NIAT : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelak – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah             diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50           tahun melakukannya.
LAFAZ NIAT : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’ – Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ – Diberi pahala seribu          kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


P/S: Banyak kan kelebihan puasa asyura? Setahun tu segala dosa2 kita diampunkan...Tapi pastikan kite kerjakan puasa itu dengan tulus ikhlas ya....Semoga kita dapat menjadi umat yang lebih baik dari sebelumnya...Amin3...(Kejarlah amalan2 sunat kerana amalan wajib kita belum tentu sempurna...)

Thursday, August 29, 2013

Post 1: Selamat Hari Mulia~

Selamat Hari Raya…

Wah dah nak habis raya baru la nak meng’update’ tentang apa yang terjadi masa raya sy tahun ni………..

Seperti biasa kami akan pegi umah my dad’s mum aka nenek kat sepang, tidur semalam n kmudian hari raya ke2 baru bertolak ke senawang,N9...

Setiap mlm raye mmg rutin (sebenrnya tak tahu knp setiap kali raya mcm ni) akan pegi bershopping samp awal pagi..Smua bnda ni terjadi tiap2 tahun n……pasti n mmg pasti gara2 my sis yg degil tue..suka sgt nak cari last minit… Bukan tak pergi ke sane sini tapi masalhnya semua pasarrya yg kami pergi smua die tak bkenan..haii…mmg susah..Tp seronok jgk hehehehe…

Mmg confirm la klu dah bershopping pasti balik lwt….hai kali ni balik dlm kul 3pg, teringat akan lauk pauk yg perlu dimasak pg esk…Wah timbul rsau d hati takut xsempat…..So, blik2 cepat2 I rebuskan nasi impit..Siap2 potong bawang n segalanya..Kmudian bila smua dh siap baru pg tdur sambl biarkan nasi impit tu (sbbnya dh tau hnya blh tdur 1 jam je…) byangkan siap potong2 smua dkat kul 4 lebih…Kalu terlelap lama mmg akan terlajak la nmpknye kan…So, I pon tdur kejap je (mmg kene tdur at least 2-3jam) kalu x mmg akn pengsan keesokkannye….

Bgun2 my sis (akk) dah bangun n kemas2 rumah..jam menunjukkn kul 7..wah nasib hampir terlepas subuh..Tgk2 my sis dah tutupkan api nasi impit..hehehe…nasib baikk…so dijadikan cerita, my dad yg lpas solat trus smbung tdo blik (tak pnh2 die tdur pas sbuh). I pon ape la mmg mcm express, yela abah ,mmg slalu akan mkn pas solat hari raye..So bygkan mcm mane I time tu…hehehehe..

My dad pun bagun lambat kul 8 mcm tu…marah die knp tak kjutkan…tapi kcian tgk die tdur dgn nyenyak sekali…kalu kejut mcm tak samp ati kan…nasib baik die sedar sendiri kalu x mmg tak solat raye la die tahun ni…hehehehe..

So as conclusion, kami sempat mask before kul 830 kcuali kuah kacang lambat sikit masak…hehehe..gambar lupo nak snap sbb pas masak mmg masing2 express nak siap2 bersalam…Rutin: lps solat raya mmg kene salam..Kalu x abah pasti akan merajuk n tak cakap sebulan..huhuhu

Tapi yg pentingnye lauk2 yg d masak byk improve dari tahun2 sebelumnye.. Yela tiap2 tahun masak lauk yg sama kan kalau tak improve lagi mmg kene ‘masak’la..hehehe…


p/s: Yg penting tahun ni I tak lupo nak beli santan..Yeah2! J


Tuesday, July 23, 2013

15 Ramadhan

Salam...

Sekejap je rasa masa berlalu...Dah 15 hari kite menyambut Ramadhan.. Time ni mula lah banyak lagu2 raya keluar kat radio2...my fov song mstilah lagu yg ade siti kan..hehehe...bile dengar rasa hepi sgt + sayu je...Tahun ni my family warne grey~...Nasib baik lah dah beli siap2 sebelum posa lagi..So tak letih sgt nak mencari n bershop time2 posa ni....

15 Ramadhan mase ni lah ramai yg berpusu2 mengejar ibadat..Sbbnye kan mlm lailatulkadar tu terletak di pnghujung 10 malam yg terakhir...Tp time 15 terakhir ni jg lah ramai yg sibuk mebeli belah, bershopping beli baju raye, kuih raye n mcm2 lagi keperluan lain.. Jika kite tgk Masjid akan biasa penuh time 1st Ramadhan n Terakhir Ramadhan...Tp yg terakhir tu biasanye ramai yg dah mule balik kampung..

Mcm ours, kami biasanye mmg tiap2 kali beraya, 1st Ramadhan pasti di rumah sendiri...Sbb pagi raye after solat raye, akan menziarahi pusara my mum..Sedih rasanye..N mlm Ramadhan mmg tak kan tidur sibuk menyiapkan juadah raye...My dad confirm akan merajuklah kalu tak masak...Sbb tu jadi rutin kami sekeluarga sejak my mum ade lagi...Mum mmg pandai n rajin sekali masak...Mmg kami tak blh lawan la tapi at least kene try jgk kan? hehehe.. Biasanye utk masak malam raye, juadah yg msti ade : nasi impit, kuah kacang, lontong (my dad's fov), rendang ayam, daging masak hitam, lastly kene ade lemang... Ha lupe pulak kene ade serunding... Tp tahun ni sush sikit nak dapat serunding..

Yg pasti azam tahun ni, tak blh lupe nak beli santan awal2 before raye! sbbnye dah 2 tahun asyik lupe n conclusion nye beli santan segera kat 7E..hehehe..Mmg mcm2 ragam time nak raye...

~Yg pasti/berharap semoga raya tahun ni menjadi raye yg bermakna buat kami sekeluarga~



1st Ramadhan = My Besday (^_^)

Salam...

Rasanya tak berkesempatan nak update blog..kerja agak banyak n sibuk menguruskan hal kerja n rumah....Almaklumlah kan hidup dgn family banyak yg kene diuruskan..lagi2 my dad skg yg dilanda penyakit 'gastrik' menyebabkan semua makanan yg dimasak kene dijaga..no more pedas... dahlah kami sekeluarga mmg tak blh kalu tanpa makan cili...so conclusion nye kene masak 2 jenis masakan dalam 1 jenis makanan..

Bulan Ramadhan tahun ni amat bermakna buat sy, sebbnye? 1st ramadhan jatuh pada hari lahir sy..Mmg agak excited n seronok jgk sbb sepnjg 25 tahun ni baru 1st time besday time ramadhan...mst ade yg anggap tu pon sy nak excited kan? n mmg ramai my fren yg bgtahu kecian nye tak dapat mkan kek..kene tggu bbuka puasa...but for me, the biggest thing is not a piece of kek but keberkatan bulan ramadhan tu sendiri plus hari lahir jatuh pd bulan yg same...

Walaupn tak berapa celebrate sgt almaklumkan puasa, tapi for me 1st ramadhan this year mmbawa seribu erti dalam diri..Semoga menjadi insan yg lebih baik dimata umat muslimin/muslimat dan yg plg pnting pd MU juga  Ya Allah..Amin3...

Hepi Besday kpd y menyambut bersama n Selamat berpuasa (^_^)



Wednesday, June 12, 2013

Al fatihah

Salam....

4/06/2013 : tarikh ni telah genap my mum 4 tahun meninggal kan kami..spnjg my mum takda mmg mcm2 dugaan + musibah + cabaran yg harus sy n family lalui...tp insyaallah krn itu jg la ikatan kkeluargaan mnjadi lbh erat..sy sntiasa pcaya setiap yg brlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi...yg pntg jgn skli ada sikap ragu2 dlm diri dgn takdir ALLAH..

Mgkin atas ape yg blku n ape yg telah lalui mnjadikn kite lbh matang dlm mmbuat kputusan..alhamdulillah..for my mum..I love u so much..smoga kite skeluarga akn btemu di jannah..amin3

P/s: feeling sad n emotional when im thinking about mum.. sgt rapat...time blja she is the only one yg bg I support and smangat.. hope mama ditempatkn bsama org2 yg solehah n beriman...Al-Fatihah...


AMIN..

Another nite, cannot sleep!

Salam...
Mcm biase bila xblh tido, time2 mcm ni la ade msa (sebnrnya nk mmbuang masa sambil tggu nk lelap) meng'update' blog...

Ha, kali ni terasa nk cerite tntg kekempunn hari tu nk mkn tepung pelita..mmg susah nk cari kuih tu time x posa mcm skg ni...tp luckily sy dpt information dr my kindly boss (yeke boss?) Hehe.. die bgtahu ade satu psr mlm yg jual ini kuih..wah, mmg hepi la I...excited gitu nak p beli..bad news die mkcik tu juai ari selasa je..

So, klu sy xdpt beli selasa mggu ni mmg kene tggu mggu depn la jwbnye la kan.. 1st dpt info time tu mmg tepat2 ari slasa..ape lg yahoo la dlm ati..tp very sad tbe2 ptg tu hujan lbat sgt2..mmg xde rzeki la time tu..

2nd try..p mggu ni...xhujan...tak sibuk...so awai2 lg mmg dh mnapak kat sane dgn my sis n dad...so jmpelah ini kuih.. 5bj: rm2 ye adik2..so sy pn beli 3 bungkus lg tu..kmpunann punye pasau..bukan pelahap k..hehe..

So as conclusion, sj nk mg'update' bnda yg xbrapa pnting ni...sbbnya? Im very hepi n satisfied dah dpt something yg dihajati...hikhikhik... (nmpk x siap gelak jhat lg tu)

So..as promise.....
Sila abaikan kuih yg dah kene cuit tu ek...dah sdp2 mkn bru tringt nk snap pic...ni pn tggal bgkusan terakhir..hehe

Terliur x? Sedap ni....hehe ♥♥♥♥


P/s: dah mkn byk2 kuih ni mst time posa nnt dah xnk sentuh dah kuih ni... ha?? Yeke awok tu ezza? (^_^)


Tuesday, May 14, 2013

Macam2 ceritaku...

Salam...

tgh2 malam bosan takde watpe...sambil2 tgk tenis...sambil2 update blog..

Dulu kalau nak tgk sukan mmg sush sgt...minat pun just minat tgk bola + badminton...tapi sejak tahun lepas minat pada tenis dah semakin mendalam pulak...hehehe..lagi2 tgk kalau tgk nadal vs dgn djokovic...mmg best la samp sanggup la tak p makan..hehe

Akhir2 ni tbe2 terdetik hati nak menukar wajah bilik tidur...bile kire2 kos die..wah besar jgk hampir 5k...yela nak transform sume yg baru kan...sbb nye? nak try suasana yg baru + nyaman...slesa nak tidur n terasa mcm kat hotel..demand pulak kan? tu yg kos byk tu...hehehe

So, banyak la tempat dah p survey...sbb mule2 kene cat bilik dulu n ingat nak pasang wallpaper...tapi bile tgk kos agk tnggi...so terpaksa pilih option ke2, pakai stiker jns korea tu je...Tp insyaalaah kalau kewangan mencukupi, akan ku pasang wallpaper..hehehe..

2nd, survey set bilik tidur.....yg jns almari 6 kaki tu dalam harga 18++ dah boleh dapat...oke lah kan harga die...so decide la nak beli yg tu...bawak my sis, die taknak pulak, nak jns almari yg beso 8kaki......hish2 demand tp yg kluarkan kwgn nye kakak die yg sorang ni je.hehehe.tp bile2 difikirkan betul jgk kene beli jns yg beso..sbb nye? kami kan semua perempuan...me n mysis punye baju pn rasanya tak cukup utk satu almari tu...byk kot baju...hehehehe.So p survey, harga mmg agak mahal dlm 25++...So sy pon decide insyallah selesaikan satu2 dulu...

3rd, p survey harga aircond...dalam 1k jgk la..aircond knp nak beli? perlu ke? for me mmg perlu sbb kdg2 my home ni keterlaluan panas die..n lagi satu sbnarnya mengatal nak rasa ade aircond kat bilik sendiri..hehehe...

4rd,kalau boleh nak letak lcd tv jgk kat bilik..ni bukan demand ye tapi rasa senang sikit + keselesaan....sbb kalu org dtang rumah kdg2 susah sikit nak tgk tv kat luar..almaklumlah semua jns2 pemalu..hehehe..p survey yg jns 32inch pun dah ok, harga dlm 9++ dah dapat...

So bile dah di total2 kan..mmg hampir 5k.. Conclusion nye kene beli yg mane patut dlu..n yg lain beli kemudian..Tapi insyallah hasrat utk memiliki bilik design sendiri akan dimakbulkan....moge2..Amin3..

p/s: nak cat bilik warna soft...biru?ungu?hijau cair? o pink cair? tak tau nak pilih yg mane...ni pun boleh bikin poning2..bile dh selesai smua...insyaallah akan diupdate kan suasana baru bilik...insyaallah...doa2kan smoga smua brjalan dgn lancar n yg pnting kwangan mencukupi..hehehe (^_^)
Wasalam