Salam...
Alhamdulillah...Tahun ni
sempat untuk berpuasa hari Asyura...
Sebelum nie tak tahu ape
kelebihan puasa ni...Terdetik hati untuk bertanya dan bertanya...
Almaklumlah ilmu di dada
masih lagi suam2 suku....Tapi alhamdulillah ade seorg pakcik tmpat sy bekerja
ni baik orgnya...Siap trgkan lagi makna n kelebihan bulan asyura ni.....
Disebalik tu search2
dekat intenet n terjumpa satu blog nie....Amat menarik bile bace terdetik hati
untuk berkongsi.....
Puasa asyura disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu
menyamai puasa orang yahudi kerana mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram
sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja.
Sebenarnya dalam islam disunatkan sekali puasa sehari sebelum atau
sehari selepas 10 Muharam. Dengan kata yang lebih mudah kalau tidak dapat
dikerjakan pada 9 Muharram + 10 Muharram maka boleh juga digandingkan 10
Muharram + 11 Muharram.
NIAT PUASA
TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU APABILA;
A.
Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a) ialah:
NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU’A SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
|
B.
Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura)
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA
SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya/Niatnya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah
kerana Allah ta’ala.”
|
C.
Niat Puasa Sunat 11 Muharram
NAWAITU SAUMA FI SYAHRI
MUHARRAM SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya/Niatnya: “Sahaja aku berpuasa sunat pada bulan
Muharram kerana Allah Ta’ala”
|
Remarks:
NIAT PADA HARI LAIN SELAIN ASYURA, TASU’A DALAM BULAN MUHARRAM – NIATKAN
-SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA.
HADITH2 PENTING DALAM
MENGERJAKAN PUASA ASYURA:
Hadith daripada Aisyah: “Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka
bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia
tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram
kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga
daripada buruan Firaun.
إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ
السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا
Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada
Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun
sebelumnya. ( HR Muslim – Kitab Puasa )
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala ’.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
KELEBIHAN
PUASA ASYURA’
Baginda bersabda:
“Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan
menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:
” Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T
akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada
hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan
berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap
kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan
dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang
yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia
memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan
mengenyangkan perut mereka.”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ”
Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan
hari Aasyura daripada hari-hari lain?”.
Maka berkata Rasulullah S.A.W :
” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari
Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari
Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi
Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari
api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari
Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T
menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi
Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga
pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.
14 Perkara
Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
Remarks: Hari lain juga sangat digalakkan juga ya… J
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami &
isteri2 – Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah –
Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak
berhenti- henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah
kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat – Tidak sakit
(sakit berat) pada tahun itu.
LAFAZ NIAT : ‘Sahaja aku mandi
sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak – tidak akan
sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama
50 tahun melakukannya.
LAFAZ NIAT : ‘Sahaja aku
sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua
selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa
ni’mal maula wa ni’mannasiiru’ – Tidak mati
pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari
sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ –
Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.
P/S: Banyak kan kelebihan puasa asyura? Setahun tu segala dosa2 kita diampunkan...Tapi pastikan kite kerjakan puasa itu dengan tulus ikhlas ya....Semoga kita dapat menjadi umat yang lebih baik dari sebelumnya...Amin3...(Kejarlah amalan2 sunat kerana amalan wajib kita belum tentu sempurna...)
No comments:
Post a Comment